Setiaku Milikmu- Bab 6



BAB 6

KESIBUKAN yang melanda membuatkan Sara terlupa seketika tentang Adam. Sudah satu minggu dia melalui minggu Orientasi. Banyak pengalaman dan pelajaran baru yang Sara dapat. Semuanya amat menyeronokkan bagi Sara.
Sedikit sebanyak Sara sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Hubungan dia dengan Wani juga semakin akrab. Ke mana saja mereka pergi pasti bersama. Sehinggakan mereka digelar belangkas oleh pelajr-pelajar yang lain.

MALAM itu merupakan malam penutupan minggu orientasi. Semua pelajar baru diwajibkan melibatkan diri di dalam persembahan pentas. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sara, sudah tentu-tentunya berada di dalam kumpulan yang sama dengan Wani. Bukan main suka lagi Sara. Yerlah, dia bukan kenal dengan pelajar lain dekat situ. Sekadar bertukar senyuman jika bertemu muka.
Suasana di  dalam dewan Sultan Salahudin Shah itu sudah mula gamat. Pelajar senior mahupun junior sudah mula memenuhi dewan besar itu. Gelak tawa para pelajar bergema di mana-mana. Meriah!
 Tinggal beberapa minit saja lagi persembahan akan bermula. Kumpulan Sara akan mempersembahkan sebuah teater bertajuk “Puteri Hang Lipur”. Sara sendiri telah dipilih oleh ahli kumpulannya untuk membawa watak utama sebagai tuan puteri. Kecut juga perut Sara. Mana tidaknya! Bukan sedikit jumlah pelajar di dalam dewan besar itu. Macam mana dia mahu bertenang.
“Wani, aku takut lah.!” Sara gugup. Tangan Wani dicapai laju, lalu digenggamnya erat. Gementar yang amat!
“Eh, Sejuknya tangan kau!” Wajah Sara sudah menjadi tamu di mata Wani. ‘Mak, datuk! Pucat giler..’ Desis hati Wani.
Melihat Sara yang masih diam tidak berkutik itu, Wani kembali bersuara.
“Engkau ni, janganlah takut sangat! Aku yakinlah kau boleh buat.” Tangan Sara digenggam erat, cuba memberi kekuatan pada Sara.
Akhirnya tepat pukul 12.15 tengah malam, majlis penutup minggu Orientasi pun selesai. Sara berjaya membawa watak Puteri Hang Lipur dengan begitu baik sekali. Sewaktu dia berada di atas pentas, semua mata terarah kepadanya. Suasana sepi seketika. Semua pelajar yang berada di dalam dewan itu bagaikan terpukau dengan kecantikan dan kelembutan Sara. Watak puteri yang dimainkan oleh Sara memang kena dengan dirinya.
Dalam banyak-banyak mata yang merenungnya, ada sepasang mata galak milik seorang pelajar lelaki senior yang merenungnya tanpa berkelip. ‘Aku rasa macam pernah nampak budak perempuan ni, tapi dekat mana yer?’ Pelajar lelaki itu cuba mengingati sesuatu.

“SARA, kau perasan tak tadi ada sorang pelajar lelaki senior yang asyik pandang kau? Dia renung kau tak berkelip!” Wani pandang tepat pada muka Sara.
“Entah! Tak perasan pulak aku.” Jawap Sara acuh tak acuh. Mata pandang terus pada siling bilik. Alangkah nikmatnya dapat bersenang-lenang di atas katil setelah berhari-hari berkejaran ke sana-ke sini. Terasa sengal-sengal semua tulang temulangnya.
“Kau ni, tak ada perasaan ker apa?!” Wani geram. Wajah Sara yang nampak selamba berbaring di tilam bujang itu direnung lama.
“ Kenapa pulak?” Sara mencebik kecil. Tak pasal-pasal pulak dia dituduh tidak berperasaan. Sara memang tak tahu dan memang langsung tidak berminat untuk mengambil tahu. Titik!
“Yerlah, mamat tu sikit punya handsome tau! Kau boleh cakap tak perasan. Gila!” Wani sudah tersengih gatal. Siap dengan pakej kening yang terangkat-angkat.
“Ces, ingatkan apa tadi!” Sara masih sama. Langsung tidak menunjukkan minat untuk tahu.
Mata masih lurus merenung siling. ‘Hmm, handsome sangat ker? Mana handsome kalau dibandingkan dengan suami aku?’ Tiba-tiba saja hatinya bertanya. ‘Ish, kenapa kau ni Sara? Kenapa tiba-tiba teringatkan mamat tu pulak!?!’ Dia meraup wajahnya berkali-kali. Kenapa tiba-tiba saja ni? Resah mula bertamu di hati.
“Kau ni kenapa?!”Kening Wani mula bertangkup. Mata tidak lepas dari memandang wajah Sara yang tiba-tiba berubah kelat.
“Eh, tak ada apalah! Emm, kalau dah handsome sangat, kenapa kau tak tackle jer mamat tu?” Sara tersenyum kecil. Saja nak tutup riak kelat di mukanya tadi.
“Hmm, sebenarnya aku dah try mamat ni, tapi dia tak layan akulah!” luah Wani perlahan. Muka nampak redup semacam. Kecewalah kut!
“Hah, Kau biar betul?”
Terangkat kepala Sara sekejap daripada bantal. Terus dia bangun, duduk bersila mengadap Wani. Wajah Wani yang duduk bertenggek di birai katilnya itu direnung dalam-dalam. Gila! Boleh kena serangan jantung rasanya dia, mendengar pengakuan berani mati daripada Wani.
Mereka saling berpandangan. Sesaat, dua saat.. tawa mereka pecah hampir serentak.
“Betullah, weh! Tapi mamat tu tak layan akulah. Aku tengok dia macam syok dekat kau jer..” sambung Wani lagi setelah ketawa mereka reda.
“Kau ni biar betul! Bila masanya kau buat kerja tu? Kenapa kau tak tahu pun?” Bulat mata Sara. Pandai juga budak Wani ni. Dalam diam-diam dia buat operasi.
“He.. he.. adalah! Tapi dia syok dekat kau!”
“Ish, kau ni! Jangan buat cerita. Nantikan kecoh satu kampus ni, malu aku. Tak pasal-pasal pulak aku ni kena tuduh perasan.” Sara serius.
“Betul aku cakap ni Sara. Mamat tu ada tanya aku pasal kau!” Wani bersungguh meyakinkan Sara.
 “Kau biar betul! Seram pulak aku dengar ni.” Sara ketawa kecil. Dalam hati tercuit juga dengan cerita Wani tadi.
“Betullah apa yang aku bagitahu ni. Mamat tu nama Naufal. Pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan. Anak Tan sri tau!!” Cerita Wani lagi. Besungguh benar dia yakinkan Sara. Mata bukan main lagi bersinar-sinar.
“Kau ni, dah macam James Bond. Semua kau tahu erk?”
Wani ketawa besar. Bantal peluk berbentuk hati dibawa ke dada, lalu dipeluk erat.
“Kan aku dah cakap tadi, aku dah lama try mamat tu. Sejak mula-mula kita masuk ke sini lagi. Tapi dia tak suka akulah. Dia langsung tak pandang aku.  Asyik tengok kau jer! Tak habis-habis bertanyakan pasal kau. Aku rasa dia memang sukakan kau, Sara. Untunglah kau! Dahlah handsome, kaya pulak tu.” Wani mencuit hidung Sara, suka benar dapat mengusik Sara begitu.
“Mengarut! Aku tak berminat dengan mana-mana lelaki. Aku datang sini nak kejar impian aku. Yang lain tu, aku tolok tepi.” Sara jongket sebelah kening. Bibir mengukir senyuman lawa.
“Yerlah, tu! Apa salahnya.. sambil menyelam minum air.” Wani terus galak mengusik Sara.
“Tak naklah aku. Nanti tersedak! Sudah, sudah... Pergi tidur! Aku dah nak tidur ni, penat! Mengantuk...” Sara menolak Wani perlahan untuk kembali ke katilnya. Tubuh terus direbahkan di atas tilam bujangnya.
“Baiklah tuan puteri, patik pergi beradu dulu. Gud nite!” Wani mencebik geram. Terkedek-kedek dia berlalu ke katilnya.
“Jangan lupa padam lampu!” Jerit Sara dari dalam selimut.
“Huh!” Wani mendegus kecil. Sesaat kemudian lampu telah dipadam.
 Sebaik sahaja lampu dipadamkan, suasana di dalam bilik itu menjadi gelap. Cuma ada sedikit cahaya lampu jalan yang samar-samar terpantul di tingkap bilik. Wani telah lama dibuai mimpi, sementara Sara pula masih terkebil-kebil dalam samar. Puas dipaksa matanya untuk tidur, namun tetap juga berdegil. ‘Arghh, kenapa tiba-tiba teringatkan dia ni? Rindu ker?!’ Sara resah di baringan.

3 ulasan: